topbella

Saturday, October 22, 2011

Resipi : Kek Batik ( tanpa telur )


Bahan-bahan :
  • 1 bungkus biskut merrie ( tak habis 1 bungkus pun guna)
  • 1/2 tin susu krimer pekat manis (kurangkan sikit jika mahu kurangkan manis)
  • 250 g mentega ( saya pakai yang buttercup 1 buku = 250 g)
  • 2 cawan serbuk Milo
  • 3 sudu serbuk koko 

Langkah 1 :
Cairkan mentega dengan menggunakan api yang paling perlahan. Kacau sehingga mentega cair secara keseluruhan.

Langkah 2 :
Setelah mentega cair, masukkan susu, kacau sehingga sebati.

Langkah 3 :
Masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit. kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Langkah 4 :
Masukkan serbuk koko, kacau lagi sehingga sebati. Kacau adunan sehingga pekat dan tidak berketul - ketul. Dah nampak adunan tu dah cantik, boleh tutup api.

Langkah 5 :
Sediakan loyang/bekas (kalau tak nak melekat,disarankan dilapik plastik,supaya mudah dipotong dan dikeluarkan apabila sejuk).Susun biskut merrie dalam loyang/bekas ikut kreativiti masing2, tuangkan  selapis adunan di atas biskut merrie yang telah disusun (lebih proper,pakai la senduk ye,dalam lebih kurang 1 senduk setengah untuk 1 lapisan). Kemudian, susun lagi biskut merrie,dan lapiskan dengan adunan . ulang sampai adunan habis. Tapi, pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan adunan coklat yang telah dibuat tu, baru lah sedap dan cantik :) .

Langkah 6 :
Setelah siap, sejukkan dan tunggu sehingga keras. Baru boleh dipotong dan makan :)




My Homemade Kek batik :)

ok, selamat mencuba ;)

0 comments:

.:: Nim ::.
.::|Lady|Malay|Muslim|Malaysia|::. Let's share your world @ your thoughts with me. Have anything to ask @ share, just leave your note @ link at my shoutbox.TQ. :)
View my complete profile